LAWAS: Sarawak mensasarkan peningkatan skor Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak (SSWI) kepada 8.0 menjelang 2030.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini berikutan peningkatan skor SSWI dalam aspek institusi keluarga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat.
“Usaha ini akan terus diperkasa bagi mencapai sasaran indeks (SSWI) 8.0 menjelang 2030,”katanya.
Beliau berkata demikian di majlis penangguhan rasmi Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak 2025 selama dua hari di Hotel Seri Malaysia, di sini, semalam.
Awang Tengah berkata, pembangunan keluarga juga merupakan salah satu agenda utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 di Sarawak.
