RECODA laksana inisiatif mesin layan diri di Sibu

SIBU: Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan melaksanakan inisiatif Mesin Layan Diri IPR-INSAN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

Menurut kenyataan RECODA, berikutan itu unit berkenaan membincangkan pelaksanaan inisiatif itu bersama Majlis Perbandaran Sibu di Wisma Sanyan, di sini, hari ini.

Inisiatif ini bertujuan memperkasakan komuniti B40 dengan membuka peluang penjanaan pendapatan yang mampan serta menggalakkan keusahawanan.

“Melalui inisiatif ini, RECODA berhasrat memperkukuh kestabilan ekonomi komuniti, memacu pertumbuhan jangka panjang, dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan B40 di Sibu,” menurut RECODA.

Turut hadir ialah Cr Donna Petrus Ngelai, Setiausaha Perbandaran, Yong Ing Chu serta Pengurus UTC Sibu, Catherine Panyau.