TANJONG MANIS: Majlis ramah tamah Aidilfitri di Kampung Selalang disambut meriah, di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Yusuf Abd Wahab menghadiri majlis yang bertujuan mengerat silaturahim masyarakat.
Majlis dimeriahkan acara menarik antaranya persembahan nyanyian penduduk dan jemputan, jamuan pelbagai hidangan tradisional, serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik serta pemberian duit raya.
Dalam ucapannya, Yusuf menekankan pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat.
“Ia amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan demi keselesaan rakyat,” katanya.
Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini dan beliau turut menyentuh berkenaan inisiatif serta usaha kerajaan dalam menyalurkan kemudahan dan bantuan kepada rakyat Sarawak.
