BINTULU: Seramai 34 bakal jemaah haji dari bahagian ini akan menunaikan haji pada tahun ini.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee mengingatkan bakal jemaah haji menjaga kesihatan, keselamatan dan displin diri ketika menunaikan ibadah haji di tanah suci.
“Justeru, saya mengingatkan semua bakal jemaah agar menjaga disiplin diri dan mematuhi segala panduan yang disampaikan oleh Tabung Haji bagi memastikan ibadah berjalan lancar dan sempurna,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Program Operasi Haji Tabung Haji (OHTA) Fasa Satu Bahagian Bintulu di Lapangan Terbang Bintulu, di sini, hari ini.
Seramai 17 bakal jemaah haji terlibat dalam pelepasan fasa pertama hari ini, manakala lapan jemaah lagi dijadual berangkat pada 11 Mei ini.
Kumpulan pertama itu akan transit di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur seterusnya ke Madinah pada Ahad.
