Wanita Parti PBB Bukit Sari mantapkan aktiviti keusahawanan

LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Bukit Sari menganjurkan Seminar Keusahawanan Wanita 2025 di Dewan Masyarakat Sundar, di sini, hari ini.

Seminar melibatkan 11 ranting Pergerakan Wanita parti bersama-sama belia dan usahawan wanita di daerah kecil Sundar.

Ketua Wanita Cawangan Bukit Sari, Aujiana Garip berkata, program ini merupakan siri jelajah Wanita Bukit Sari ke setiap zon di Lawas.

“Kali ini kita hadir di Sundar untuk memantapkan aktiviti keusahawanan wanita di zon Sundar, ” katanya.

Selain itu, katanya program ini bertujuan memberi motivasi dan melahirkan usahawan dalam kalangan wanita termasuk belia wanita yang mempunyai kemahiran terlibat industi keusahawanan secara kecil dan sederhana sebelum dikembangkan.