KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia membantu Sarawak Society for the Deaf (SSD) berkolaborasi memperkasakan penggunaan bahasa isyarat dalam kalangan ahli komuniti di Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian dan menerima baik cadangan menwujudkan kolaborasi jangka panjang itu di antara SSD dan SeDidik Sarawak.
“Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia membantu di bawah kapasiti yang membenarkan untuk menjayakan kolaborasi seumpama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Hand and Sign Day anjuran SSD dan juga SeDidik Sarawak di Bangunan SSDeaf di sini, hari ini.
Fatimah berkata bahkan, kolaborasi itu merupakan keterangkuman sosial yang sering didukung oleh Kerajaan Sarawak selama ini.
Selain itu, menurutnya usaha SSD dan SeDidik berganding bahu memperkasakan penggunaan bahasa isyarat melalui aktiviti komuniti seperti Hand and Sign Day penting untuk meningkatkan kesedaran belajar bahasa isyarat.
