Asnaf Zon Sematan terima sumbangan

LUNDU: Seramai 35 orang asnaf dari Zon Sematan menerima sumbangan di Surau Darul Ibadah Kampung Siru Melayu Sematan, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyampaikan sumbangan kepada golongan terbabit.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Rajiah Mat untuk memudahkan pergerakan dalam mendapatkan rawatan.

Selain itu, Azizul juga menyumbangkan kurma kepada Pengerusi Surau Darul Ibadah, Nawawie Abdul Rahman untuk diagihkan kepada Ahli Jawatankuasa Surau itu.

Hadir sama, Penghulu Jumahdi Sabian, Ketua Kaum Kampung Siru Melayu, Marban Suud dab Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Siru Melayu, Jais Bujang.