Projek ALAF RM2.515 juta di dua kampung

SARATOK: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membelanjakan sebanyak RM2.515 juta bagi projek pemasangan meter elektrik di dua kampung di sini.

Projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) sebanyak RM545,000 di Kampung Lot Bunian dan RM1.97 juta (Kampung Pagan).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebanyak 38 rumah menerima projek ALAF di Kampung Lot Bunian.

“Secara purata projek ini membelanjakan sebanyak RM13,600 bagi sebuah rumah,” katanya pada simbolik perasmian projek ALAF oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di Kampung Lot Bunian, di sini, hari ini.

Mohamad Duri menjelaskan, bagi projek ALAF di Kampung Pagan pula kos sebuah rumah RM24,000.