Author: Jiwa Bakti

Program Kelam Carbut Belia Tupong medium lahirkan generasi niaga berdaya saing

KUCHING: Program Kelam Carbut Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N6 Tupong menjadi medium untuk melahirkan generasi belia yang lebih proaktif, berdaya saing selain berdaya saing. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N6 Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, aktiviti itu juga mampu merancang dan melaksanakan program komuniti […]

Majlis ‘bersungkey’ perkukuhkanperpaduan, himpunkan masyarakat

KUCHING: Kira-kira 110 tetamu jemputan pelbagai latar belakang masyarakat menghadiri majlis bersungkey anjuran Senator Dato’ Ahmad Ibrahim di Kenyalang Cafe Raia Hotel, di sini, malam ini. Penganjuran majlis tersebut menurut beliau merupakan tradisi yang dilaksanakan lebih 20 tahun lalu oleh beliau di pelbagai lokasi sekitar Kuching. Ia bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk persefahaman antara masyarakat […]

Pusat dialisis Islamik bantu pesakit buah pinggang di Bintulu

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) merancang menubuhkan sebuah pusat dialisis Islamik di ruang bangunan Martabat Bintulu di sini. Ini bagi membantu pesakit buah pinggang, khususnya dalam kalangan masyarakat kurang berkemampuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata cadangan tersebut mendapat sokongan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam […]

Berdepan kos sara hidup meningkat, kerajaan cari mekanisme ringankan beban rakyat

ASAJAYA: Kerajaan sentiasa mencari mekanisme terbaik bagi membantu meringankan beban rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kenaikan harga minyak dan barangan yang berlaku ketika ini turut dipengaruhi faktor luaran termasuk konflik geopolitik di Timur Tengah yang memberi kesan kepada […]

Sumbangan Ramadan bantu sokong aktiviti keagamaan, kemasyarakatan

DARO: Sebanyak 21 masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan dana berjumlah RM123,000 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan serta persiapan Hari Raya tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan tersebut pada Majlis Iftar Jalinan Ukhwah 2026M/1447H anjuran Lembaga Amanah Kebajikan […]

Kerajaan ambil langkah berjaga-jaga hadapi kesan perang di Teluk

KUCHING: Kedudukan ekonomi dan kewangan yang baik dijangka membantu negara ini bertahan menghadapi kesan peperangan membabitkan negara Iran di Teluk. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, berikutan itu negara ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya perang terbabit berlarutan. “Kita melihat di rantau ini, kita mampu bertahan tapi pada masa sama kita kena mengambil langkah […]

Kaedah baik pulih jalan hubung Kampung Paloh, Batang Maro dan Perpat dibincang

SARATOK: Kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan utama yang menghubungkan Kampung Paloh, Batang Maro dan Perpat dijangka dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, beliau menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini bagi memohon agar jalan tersebut diselenggara segera memandangkan ia merupakan laluan utama penduduk di kawasan berkenaan. Menurutnya, […]

Peningkatan peruntukan SKAS legakan penduduk luar bandar

TANJUNG MANIS: Peningkatan jumlah peruntukan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melegakan rakyat, khususnya penduduk di luar bandar yang turut menerima manfaat daripada inisiatif kebajikan kerajaan negeri itu. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh berkata, bantuan tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan […]

Tidak ada alasan lengahkan projek air, elektrik

KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air dan elektrik di Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa projek bekalan air yang tergendala pelaksanaannya juga akan diteliti bersama kerajaan negeri. “Bekalan air dan elektrik rakyat mesti dijamin; tiada alasan untuk melengah-lengahkan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Berbuka […]