KUCHING: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) komited memperkukuhkan peranannya dalam mengawal kesemua 36 pintu masuk negara di Sarawak. Ketua Pengarah AKPS, Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penubuhan dan pengoperasian AKPS di Sarawak berjalan hampir dua tahun, namun masih berdepan beberapa cabaran pentadbiran. “Cabaran utama kita ialah kekurangan anggota untuk ditempatkan di […]
PPS sumbang 50 kerusi roda kepada HUS
KUCHING: Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) menyumbangkan 50 kerusi roda kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) menerusi program Sarawak Unity for Humanity bagi membantu pesakit yang memerlukan. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian kepada Timbalan Pengarah HUS, Dr. Alex Kim Ren Jye yang mewakili Pengarah HUS. Sementara itu, Presiden […]
KDN tingkatkan penguatkuasaan bahan penerbitan
KUCHING: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sarawak mempertingkatkan penguatkuasaan berkaitan bahan penerbitan dan teks al-Quran. Pengarah Bahagian PK KDN Negeri Sarawak, Rafiqin Rais berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penguatkuasaan serta advokasi kepada masyarakat. “Bahagian PK KDN Sarawak bertanggungjawab memastikan bahan penerbitan yang diedarkan tidak melanggar peruntukan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan […]
UNIMAS pertemukan peserta Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026
KOTA SAMARAHAN: Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 dan Bengkel Selari, Kursus Prapersaraan 2026 di DeTAR PUTRA di sini. Pendaftar UNIMAS, Azlan Ramli berkata, program bertemakan “Menyemai Budaya Kerja Sejahtera” itu dianjurkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UNIMAS sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera setiap Oktober. […]
Jambatan Batang Paloh penghubung baharu kawasan pesisir
DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh pada 30 Oktober ini bakal memperkukuhkan rangkaian perhubungan pesisir tengah Sarawak dengan menyediakan laluan alternatif ke Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Kuching. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, jambatan sepanjang 1.7 kilometer (km) itu menjadi satu lagi komponen penting dalam usaha kerajaan negeri melengkapkan […]
Empat projek legasi SUF pemangkin pembangunan bandar Kuching
KUCHING: Empat projek legasi akan dilaksanakan sempena Forum Perbandaran Sarawak (SUF) 2.0 mulai 24 hingga 27 Oktober ini di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, projek tersebut merupakan usaha memperkukuhkan pembangunan bandar yang mampan, mesra komuniti dan berteknologi. “Pembangunan Dataran Perayaan di Lebuh Java, […]
Persediaan perarakan Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 TYT lancar, lambang penghargaan rakyat
KUCHING: Persediaan rapi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober ini, berjalan lancar menerusi raptai penuh di Padang Merdeka, hari ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, beliau berpuas hati raptai berjalan lancar dan memberi gambaran […]
Tanjung Embang bakal jadi hab gas Sarawak
KUCHING: Tanjung Embang bakal diperkasa sebagai hab gas Sarawak di bawah Hala Tuju Gas Sarawaksekali gus membuka ruang untuk menarik pelaburan dalam sektor tenaga dan industri berkaitan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan hab gas di Tanjung Embang antara langkah kerajaan negeri untuk memanfaatkan sepenuhnya rizab gas yang dimiliki […]
Projek pembangunan SK Nanga Temalat siap
SONG: Projek pembangunan semula SK Nanga Temalat, Song di bawah Pakej 10 fasa dua siap sepenuhnya pada 18 September lalu. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datu Ir Dr Cassidy Morris berkata, projek berkenaan melibatkan pembangunan kemudahan sekolah yang lebih selesa dan kondusif untuk warga sekolah. “JKR Sarawak sentiasa terbuka untuk membantu pihak sekolah atas dasar […]
Sarawak mahu perkukuhkan keterhubungan rentas sempadan Borneo
KUCHING: Sarawak akan mengukuhkan keterhubungan rentas sempadan untuk menyokong Borneo sebagai pusat pertumbuhan ekonom yang signifikan dan penting bagi ASEAN, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan memanfaatkan lokasi strategiknya, sumber semula jadi, potensi tenaga boleh baharu, kepelbagaian biologi, modal insan dan keupayaan ekonomi yang berkembang, Borneo mampu menarik […]
