Author: Jiwa Bakti

OCI Holdings tingkat pelaburan

SEOUL, Korea Selatan: Pengerusi OCI Holdings, Lee Woo Hyun komited untuk terus meningkatkan pengeluaran polisilikon untuk kegunaan photovoltaik di Sarawak dengan potensi pelaburan bernilai RM3.1 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengembangan syarikat itu dijangka mewujudkan 400 peluang pekerjaan. Beliau berkata demikian dalam kenyataan semasa mengetuai rombangan dari Sarawak mengadakan […]

Sarawak cadang bina dua insinerator teknologi Sweden lupuskan sisa pepejal

KUCHING: Kerajaan merancang membina dua insinerator sebagai tempat pelupusan sisa buangan bagi mewujud kawasan bandar kelestarian alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebuah daripadanya akan dibina di selatan dan sebuah lagi di kawasan tengah negeri ini. “Kawasan selatan meliputi Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong, manakala […]

Sarawak rekod 90 titik panas pada Julai

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyasarkan sifar kebakaran besar di bahagian Miri susulan cuaca panas dan kering pada masa ini. Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada 152 titik panas yang dikesan di Sarawak dari 1 Januari hingga 30 Julai lalu, 42 daripadanya adalah dari bahagian […]

Yang di-Pertua Dewan Negara terima kunjungan Speaker DUN Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Bangunan Parlimen Malaysia. Kunjungan hormat yang diketuai Asfia tersebut terdiri daripada enam delegasi adalah sebagai kunjungan hormat kepada […]

Rombongan Sarawak lawat KH Shinhwa Korea

SEOUL: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan mesyuarat dengan KH Shinhwa di Seoul, Korea Selatan semalam. Shane Kang dari KH Shinhwa SnC menyatakan minat untuk menerokai peluang kolaborasi dan pelaburan dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam projek peningkatan keselamatan tenaga termasuk pelaburan dalam teknologi baharu dan penyelesaian […]

LOTTE tingkat pelaburan di Sarawak – Awang Tengah

SEOUL: LOTTE Energy Materials di Seoul, Korea Selatan, merancang meningkatkan pelaburannya di Sarawak yang dianggarkan bernilai RM1.2 bilion. Naib Presiden Kanannya, Park Ingoo berkata, syarikat terbabit turut merancang potensi tambahan pelaburan semula sebanyak RM2.5 bilion. Park memberitahu demikian kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi dari Sarawak mengadakan mesyuarat […]

Lebih 1,000 kekosongan jawatan guru, Pengambilan Khas Sarawak 2024 dibuka mulai esok

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) membuka permohonan pengambilan khas guru di Sarawak selama tiga minggu bermula esok (1 Ogos) hingga 23 Ogos ini. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, permohonan pengambilan khas itu bagi menangani kekurangan guru di negeri ini. “Sarawak dijangka mengalami […]

Bahagian Kuching catat pembakaran terbuka tertinggi, Kapit tiada kes

KUCHING: Bahagian Kuching merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka paling tinggi iaitu sebanyak 20 kes dari 22 hingga 29 Julai 2024. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii berkata, ini diikuti Bahagian Miridengan 16 kes dan Mukah (12). “Sehingga kini Kapitmerupakan satu-satunya bahagian yang tiada berlaku kes kebakaran terbuka sepanjang tempoh […]

Sarawak peneraju tenaga hijau

PUTRAJAYA: Hasrat Sarawak membangunkan infrastruktur digital, teknologi hijau dan penyelesaian inovatif adalah untuk meletakkan negeri ini sebagai peneraju dalam ekonomi digital dan sektor tenaga hijau di rantau ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, strategi membangunkan teknologi itu akan menggerakkan pertumbuhan, mewujudkan keterangkuman dan memupuk kepelbagaian. “Dalam usaha menerajui […]

IAC Lawas siap 2025

LAWAS: Pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) jabatan Kerajaan Sarawak di sini mencapai kemajuan 52 peratus dan dijadual siap sepenuhnya pada Julai 2025. Timbalan Menteri Infrasturktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan projek terbabit selepas pandemik Covid-19 dapat diatasi dengan cekap oleh pemaju. Beliau berkata demikian semasa […]