Azizul, Billy dilantik sebagai ‘Brader’ CENTEXS Lundu

LUNDU: Centre For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS ) Lundu melantik dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai ‘Brader’ mereka.

ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan dan ADUN Opar, Billy Sujang dilantik sebagai “Brader” sebagai penghargaan kerana banyak menyumbang kepada CENTEXS Lundu.

“Walau saat di landa krisis tapi mereka (ADUN) tidak berganjak dan mengharungi saat -saat sukar mempertahankan CENTEXS Lundu sehingga bertahan selama 10 tahun,” menurut satu kenyataan hari ini.

Penghargaan ini dianugerahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Hussain Wan Abdul Rahman ketika Majlis Ulang Tahun 10 Tahun CENTEXS Lundu di Dewan Serbaguna CENTEXS Lundu di sini, hari ini.

Hadir sama, ibu ADUN Tanjong Datu, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu yang dilantik sebagai ‘Bonda’ CENTEXS, Ketua Kampus CENTEXS Lundu , Dr Nor Ashikin Abdul Rahman dan Rakan Strategik CENTEXS Lundu , Elvin Yong dan Pengurus CENTEXS Lundu, Mohd Hazizan Hakim.