Bintulu Port Holdings Berhad agihkan bakul makanan Krismas 2025

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyerahkan sebanyak 65 bakul makanan kepada warga Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu.

Sumbangan itu disampaikan semasa Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bintulu Port Prihatin –Bakul Makanan Krismas 2025, di sini, semalam.

Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Datuk Ruslan Abdul Ghani menyampaikan bakul makanan sempena Krismas.

“Ia turut memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan memerlukan, khususnya komuniti B40, agar mereka dapat menyambut perayaan dalam suasana yang lebih ceria dan bermakna,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan keprihatinan berterusan syarikat dalam menyantuni komuniti setempat serta menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan semangat perkongsian rezeki dalam kalangan masyarakat.