BINTULU: Masyarakat Bintulu menunjukkan semangat luar biasa dalam bersama membantu mangsa bencana banjir.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, meskipun ramai daripada mereka turut terjejas dengan bencana itu.
“Semangat komuniti Bintulu ini sangat luar biasa. Walaupun rumah mereka sendiri turut terkesan, mereka masih keluar untuk membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan kerja-kerja pemulihan di kawasan Taman Bandar Jaya, di sini, hari ini.
Dr Sim turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN).
Beliau menegaskan proses pemulihan selepas bencana itu perlu usaha bersepadu dan semangat kebersamaan warga Bintulu tanpa sikap menuding jari.
