‘Dawn Hope’ lindungi gadis, pertama dilancar di Sarawak

KUCHING: Malaysia mencatat 44,263 kes remaja hamil dengan sejumlah 17,646 membabitkan ibu muda tidak berkahwin, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri.

Justeru, beliau berkata, isu remaja hamil itu kekal menjadi isu yang mendesak.

“Walaupun jumlah itu tidak kekal statistik ia masih memerlukan pengawasan dan perhatian,” katanya melancarkan Program ‘Dawn Hope: A Safe Haven For Girls In Need’ di sini hari ini.

Sambil fokus kepada intervensi awal, katanya, bukan semua kes remaja hamil berlaku dalam keadaan sama.

“Ada yang berlaku dengan perkahwinan secara sah dan tradisional, manakala yang lain disebabkan oleh pergaulan tidak diingin yang memerlukan perhatian segera,” tegas beliau.

Dalam menangani isu itu dengan bersikap tegas, katanya, masyarakat juga hendaklah bersikap membelai dengan kasih sayang serta memberi sokongan.

Nancy menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afaar atas khidmat dedikasi baginda melancarkan inisiatif sosial itu.

“Kepimpinan baginda dalam memperjuangkan inisiatif itu di seluruh negara dan melaksanakan Program Dawn Hope ini,” katanya.

Dawn Hope lebih daripada tempat perlindungan transit. Ia sebagai tempat untuk berlindung, belajar dan membina semula hidup mereka.

Di tempat perlindungan itu, mereka menerima sokongan yang diperlukan seperti perlindungan, jagaan kesihatan, khidmat kesihatan, kaunseling dan bimbingan keibuan.

Beliau turut menghargai sumbangan Manjeet Kaur Sidhu dari Pertumbuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) yang juga penerima Anugerah Kasih Wanita 2024 atas sokongan mengangkat mertabat wanita dan gadis.

Beliau berjaya membawa perubahan dan kesan positif kepada masyarakat di Sarawak, kata Nancy sambil menegaskan, Kerajaan MADANI komited memastikan kumpulan renten itu tidak ketinggalan.