KUCHING: Berdasarkan pencapaian cemerlang Sarawak pada 2023, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin pada tahun ini, Sarawak akan mengecapi kejayaan lebih besar dalam usaha mengecapi kemakmuran dan pertumbuhan.
Beliau berkata, untuk mencapai matlamat Sarawak negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, rakyat Sarawak hendaklah bersedia menghadapi cabaran dan terus bekerjasama dengan gigih.
“Saya berasa bangga kerana melangkah masuk ke tahun baharu 2024 dengan permulaan yang menyakinkan,” katanya berucap pada Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Menurut Abang Johari, pada awal tahun ini, Amanah Saham Sarawak (ASSAR) yang menjadi unit amanah negeri, mengumumkan dividen pertama pengagihan 2.5 sen seunit selepas sembilan tahun tidak berbuat demikian.
“Yang lebih menggalakkan mengenai pengagihan dividen awal itu ialah berjaya dilakukan selepas setahun ASSAR disusun semula Oktober 2022,” katanya.
Dividen itu diagihkan berdasarkan pendapatan diperoleh dalam jangka masa hanya enam bulan selepas dananya berjaya dilaburkan di bawah stratregi pelaburan baharu dan peruntukan aset campuran, tegas beliau.
Beliau berkata, Sarawak hanya mempunyai masa tujuh tahun lagi untuk mencapai Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 iaitu mewujud masyarakat inklusif, Sarawak makmur dan kelestarian alam sekitar.
Sarawak, tambahnya, telah berjaya meletakkan nama dalam pemuliharaan global susulan kejayaan dan komitmen membangunkan wilayah secara mampan.
Mengenai ekonomi digital, katanya, ia dijangka mengumbang purata 24.3 peratus kepada ekonomi dunia pada 2025, dengan mengambil kira anggaran KDNK terbaharu IMF berjumlah USD104 trilion yang memberi makna menyumbang kira-kira USD25 trilion daripada ekonomi digital.
Menurut beliau, sekiranya Sarawak mampu menerokai 0.1 peratus KDNK ekonomi digital global, ia akan menyumbang kira-kira USD25 bilion atau RM113 bilion kepada KDNK Sarawak.
Untuk mengambil kesempatan daripada peluang itu, beliau berkata, adalah penting untuk menerokai teknologi digital, terutama Kecerdasan Buatan (AI) untuk memacukan kemampanan ekonomi negeri ini.
“Saya mahu chatbot AI dilaksanakan untuk menyediakan bantuan respon virtual bagi perkhidmatan berimpak tinggi,” tegas beliau dan menambah justeru, digilitasi bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan.
Kerajaan Sarawak, katanya, sedang bergerak selari dengan perkembangan teknologi digital untuk mewujud persekitaran kondusif dalam pembangunan ekonomi dan inovasi dan pembangunan dgital itu adalah sebagai persediaan awal.
Di bawah Halatuju Ekonomi Digital Sarawak 2030, katanya, kerajaan Sarawak juga berhasrat mempercepatkan transformasi sektor awam dan menyedia perkhidmat fokus kepada meningkatkan usaha dengan mencapai 100 peratus perkhidmatan dalam talian.
Sarawak, tambah beliau, juga komited membangunkan ekonomi hijau dengan memperkenalkan berbagai inisiatif, menggunakanh kekayaan sumber asli dan tenega dibaharui.
Kunci kepada kejayaan ekonomi hijau dan menambah nilai kepada inisiatif hijau adalah melalui penyelidikan dan pembangunan, katanya dan menambah, meningkatkan kesalinghubungan udara akan membuka prospek dagangan tambahan, perniagaan dan pelancongan.
