Berambeh Sungkey eratkan ukhuwah penduduk, pemimpin

ASAJAYA: Hubungan antara pemimpin dan masyarakat di kawasan Asajaya dipereratkan menerusi Program Ramah Mesra dan Berambeh Sungkey di Masjid Darul As Solihin, Kampung Sambir di sini, semalam.

Majlis dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau beramah mesra dengan penduduk dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Program berkenaan bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, malah menjadi platform memperkukuhkan perpaduan komuniti serta semangat kebersamaan bulan Ramadan.

Turut hadir Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zannuddin Bidin, Pegawai Daerah Gedong, Jamain Wahab serta Penghulu Kampung Sambir, Lapok Japar.