Category: Umum

Sarawak tuan rumah Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ICOMOS Ke-22

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan dunia setelah dipilih sebagai hos Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ICOMOS Ke-22 yang akan berlangsung di Kuching pada 17 hingga 24 Oktober depan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat ini lebih 1,100 delegasi antarabangsa mendaftar untuk menghadiri simposium tersebut. Katanya, […]

KOBAGUS rancang pembangunan perumahan di Bako

KUCHING: Koperasi Guru Bumiputera Sarawak (KOBAGUS) merancang pembangunan projek perumahan di kawasan Bako yang melibatkan tanah seluas kira-kira 4.07 hektar. Pengerusi KOBAGUS, Mohamad Mortadza Mantrang berkata, kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan projek berkenaan termasuk cabaran pembangunan di kawasan berbukit. Menurut […]

Pembangunan seimbang, inklusif untuk kesejahteraan rakyat

SERIAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja menerima peruntukan sebanyak RM152.7 juta menerusi Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi memacu projek pembangunan luar bandar. ​Bukti komitmen berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini menyaksikan sebanyak 64 projek dikenal pasti merangkumi sektor jalan raya, bekalan air, elektrik, pertanian, serta infrastruktur asas. ​Timbalan Premier Sarawak, […]

35 wartawan Sarawak sertai Ai Masterclass

KUCHING: Seramai 35 pengamal media dari seluruh Sarawak khususnya di bahagian ini menyertai program latihan“AI Masterclass: Strategic Usage, Productivity & Efficiency” yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di sini, hari ini. Dianjurkan oleh Business Events Sarawak (BESarawak) dengan kerjasama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Commonwealth Journalists Association (CJA) Cawangan Sarawak, program bertujuan meningkatkan […]

Sarawak mohon Kerajaan Pusat pertimbangkan kuota diesel khas untuk pedalaman

KUCHING: Kerajaan Sarawak memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pendekatan khas terhadap pelaksanaan kuota pembelian diesel di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah itu sebagai usaha membantu masyarakat luar bandar dan pedalaman yang berdepan cabaran geografi mendapatkan bekalan bahan api tersebut. “Had pembelian diesel yang ditetapkan ketika ini perlu dinilai […]

AirBorneo giat hubungi penumpang terjejas gangguan jadual penerbangan Sabah, Sarawak

KUCHING: AirBorneo kini sedang giat menghubungi penumpang yang terjejas susulan gangguan jadual penerbangan di Sabah dan Sarawak sejak 5 Jun lalu, dalam usaha memastikan proses penjadualan semula dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan segera. Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu memaklumkan langkah komunikasi terus kepada penumpang terlibat merupakan antara keutamaan bagi mengurangkan kesulitan yang […]

Tempoh proses kelulusan permohonan EFS, BIB dikurangkan

KUCHING: Usaha kerajaan negeri memperkenalkan sistem pendaftaran dalam talian bagi Dana Endowmen Sarawak (EFS) dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) menunjukkan hasil positif apabila proses permohonan kini menjadi lebih pantas dan tersusun. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perubahan kepada kaedah digital itu bukan sahaja memudahkan ibu bapa, malah mengurangkan […]

Dua projek sekolah siap di Dalat, Daro

DALAT: Kerajaan memperkukuhkan pembangunan pendidikan di Sarawak menerusi penyiapan dua projek sekolah baharu bernilai RM37.74 juta di Dalat dan Daro. Kemudahan itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar menerusi penyediaan kemudahan pembelajaran moden, selamat dan lebih kondusif. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kedua-dua projek itu melibatkan pembinaan bangunan gantian 18 bilik […]

Projek Jambatan Bandar Lawas siap September tahun ini

LAWAS: Projek Jambatan Bandar Lawas kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 97.27 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi di kawasan seberang bandar Lawas. Katanya, beberapa kerja tambahan sedang dilaksanakan bagi memperindah dan menambah baik […]

SCaT 2026 berjaya lepasi sasaran 25,000 pengunjung

KUCHING: Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT) 2026 berjaya mencatatkan kehadiran seramai 27,698 pengunjung bermula semalam sehingga setakat jam 12 tengah hari ini. Ini melepasi sasaran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang mensasarkan seramai 25,000 pengunjung ke pameran terbabit tahun ini. Seramai 14,478 pengunjung dicatatkan pada hari pertama pameran itu semalam manakala seramai 13,220 […]