Category: Umum

Graduan agen perubahan

KOTA SAMARAHAN: Kejayaan seseorang graduan bukan hanya diukur daripada pencapaian peribadi tetapi sejauh mana graduan memberi manfaat kepada orang lain. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, graduan harus menjadi agen perubahan yang membawa harapan, kemajuan dan inspirasi walaupun di mana mereka berada.Kemahiran dan pengalaman yang graduan peroleh […]

Aktiviti menarik sempena Program Outreach Kampung Rayu Iban

LUNDU: Penduduk sekitar Sungai Belian hingga Sungai Rayu menghadiri Program Outreach dan Ziarah sempena Gawai Dayak dan Aidiladha di Rumah Panjang Kampung Rayu Iban, di sini, hari ini. Antara pengisian utama program dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak terbabit ialah penyampaian Kenyalang Gold Card (KGC) kepada warga emas, penyampaian bantuan keperluan […]

Komitmen tinggi kepimpinan SOME demi keselamatan tenaga serantau

KUCHING: Kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Tenaga ASEAN (SOME) Ke-43 menunjukkan komitmen tinggi negara dalam memastikan keselamatan tenaga serantau. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, selain itu ia menggalakkan inovasi teknologi dan memajukan penyelesaian tenaga mampan. Mesyuarat itu bertujuan memperkukuh perkongsian strategik, pengajaran dasar dan […]

Sasaran hubungkan luar bandar dengan jalan raya menjelang 2030

MIRI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang berusaha menghubungkan semua kawasan luar bandar dengan jalan raya menjelang 2030. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas percaya ini boleh direalisasikan melalui pembangunan projek infrastruktur oleh sembilan agensi pembangunan wilayah di seluruh negeri. Tegasnya, adalah penting untuk semua agensi pembangunan wilayah dapat membelanjakan peruntukan masing-masing berjumlah […]

Sarawak laksana pelbagai inisiatif kurangkan import beras

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-Ficord) giat melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import beras. Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia selaras dengan usaha meningkatkan tahap sara diri makanan negeri ini. Katanya, Sarawak kini hanya mencatatkan 32 peratus tahap sara diri beras (SSL), manakala selebihnya diimport […]

137 dikurnia Pingat, Darjah Kebesaran Sarawak

KUCHING: Seramai 137 penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, hari ini. Mendahului senarai 10 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), ialah […]

Universiti Oxford minat kerjasama dengan Sarawak, latih tenaga kerja

KUCHING: Universiti Oxford menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi melatih tenaga kerja dalam bidang tenaga melalui tawaran biasiswa jangka pendek selama tiga bulan. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, biasiswa itu akan ditaja oleh syarikat minyak dan gas utama dunia seperti Shell dan Aramco bagi […]

Sarawak sasarkan tiga syarikat tempatan Bumiputera disenarai di Bursa Malaysia menjelang 2030

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menyenaraikan tiga syarikat Bumiputera tempatan di Bursa Malaysia menjelang tahun 2030. Ia antara langkah utama memperkasakan penyertaan golongan itu dalam arus ekonomi perdana. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada kerangka pembangunan baharu dikenali sebagai 3-7-20 yang digariskan dalam Pelan Tindakan Ekonomi Bumiputera […]

Sukan sekolah landasan cungkil bakat atlet pelapis Sarawak

BETONG: Penganjuran temasya sukan peringkat sekolah-sekolah di Sarawak adalah landasan terbaik bagi mencungkil atlet berbakat baharu dalam kalangan pelajar. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, ia dapat membentuk skuad pelapis negeri bagi menghadapi kejohanan lebih mencabar. “Sebagai contoh Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Asia Tenggara (SEA) dan […]

Sarawak peneraju tenaga hijau

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Datuk Dr. Hazland Abang Hipni menghadiri Persidangan Tenaga Asia 2025 di sini bagi mengukuhkan komitmen Sarawak dalam membangunkan tenaga mampan dan rendah karbon. Persidangan itu menghimpunkan pemimpin, penggubal dasar dan pakar industri tenaga global untuk membincangkan peralihan kepada tenaga yang lebih mampan dan bersih […]