Category: Umum

Teh Orkid Sarawak dilancar, produk inovasi pertama anak tempatan

KOTA SAMARAHAN: Teh Orkid Sarawak, produk inovasi pertama berasaskan orkid tempatan hasil usaha masyarakat setempat dilancarkan, di sini, hari ini. Pelancaran disempurnakan oleh Penaung Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO), Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari sempena Majlis Pelancaran Projek Komuniti Pemuliharaan Orkid SARORSO Cawangan Kota Samarahan di SABAKI Farm, Tanjung Tuang. Dalam ucapannya, Dayang […]

APGF agenda utama Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APGF) akan menjadi agenda utama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-43 dan Mesyuarat Berkaitan di sini pada 16 dan 17 Oktober ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat dua hari itu. APGF merupakan satu inisiatif […]

Sarawak latih belia Islam terokai teknologi

KUCHING: Melatih umat Islam menjadi ilmuan merupakan sebahagian daripada konsep zakat dan wakaf dalam menghadapi kemajuan dunia pada masa hadapan, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam konteks ini, Sarawak membelanjakan sebahagian daripada zakat dan wakaf untuk melatih belia Islam dalam membangunkan sumber untuk kebaikan sejagat. Sungguhpun konsep zakat […]

Silat bentuk sahsiah, disiplin belia – Hamzah

KOTA SAMARAHAN: Seni silat bukan sekadar warisan turun-temurun, tetapi menjadi wadah membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri generasi muda. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, semangat kesungguhan pesilat muda yang dipamerkan dalam Kejohanan Silat Jemputan Tertutup Pendekar Muda 2025 Piala Datuk Hamzah Brahim membuktikan seni mempertahankan diri itu masih relevan. “Di […]

Program Perdana Lambaian Baitullah jemaah cilik IPAKK

BINTULU: Seramai 500 kanak-kanak menyertai Program Perdana Lambaian Baitullah Jemaah Cilik Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) Bintulu 2025 di sini, hari ini. Jemaah cilik itu dari 44 IPAKK termasuk taska, tadika, pra sekolah, Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan di seluruh Bintulu. Program diserikan dengan perarakan jemaah cilik berpakaian ihram, simulasi tawaf, saie serta bacaan talbiyah […]

53 pelajar terima insentif pendidikan

SEBUYAU: Seramai 53 pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan di sini, menerima insentif pendidikan untuk menyambung pelajaran masing-masing. Mereka terdiri daripada 29 mahasiswa peringkat sarjana muda, 19 penerima (diploma) serta lima ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Majilis disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi di Bilik […]

Reka bentuk Hospital Kanser Sarawak berinspirasikan AI

KUCHING: Sarawak bakal memiliki Hospital Kanser yang direka untuk era Kecerdasan Buatan (AI), menjadikannya sebagai pusat kesihatan futuristik yang mampu menampung perkembangan teknologi perubatan masa depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, hospital baharu yang dijangka siap menjelang 2030 itu bukan sekadar bangunan biasa, tetapi akan mengintegrasikan teknologi digital dan AI […]

Peserta Saribas International MTB Jamboree didedah pengalaman luar bandar

DEBAK: Seramai 150 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Saribas International MTB Jamboree di sini. Mereka terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei dan Afrika. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, setelah lima tahun tertangguh, penganjuran kali ini istimewa kerana disertai peserta antarabangsa. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]