Category: Umum

Laporkan awal konflik rumah tangga

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menasihati orang ramai supaya membuat laporan awal jika ada tekanan, kemurungan, konflik rumah tangga atau keganasan domestik. Beliau berkata, lapor awal bukan membuka aib tetapi untuk menyelamatkan nyawa dan hubungi Talian Kasih 15999 (24 jam) atau WhatsApp 019-261 5999. “Ibu bapa ialah ‘guru emosi’ […]

Projek SSLR: Terowong pertama jalan raya pertama berbukit Sarawak akan dibina

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai terowong pertama untuk jalan raya berbukit melalui Projek Jalan Penghubung Sarawak–Sabah (SSLR), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof. Beliau berkata, fasa pertama SSLR kini berjalan lancar, manakala fasa kedua telah dimulakan melalui majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Limbang, baru-baru ini. Projek […]

Sarawak mampu kawal, tadbir industri tenaga negeri

KUCHING: Perolehan kuasa kawal selia ke atas gas petroleum cecair (LPG) mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam sektor tenaga dan memperluas autonomi di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penguasaan itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan hasil bumi Sarawak diurus […]

Sarawak mahu lahirkan pencipta nilai dalam ekonomi digital – Premier

KUCHING: Sarawak kini muncul sebagai peneraju ekonomi digital baharu di rantau ini apabila kerajaan negeri giat memacu pembangunan berasaskan inovasi, teknologi dan kelestarian untuk menjana pertumbuhan masa depan yang lebih inklusif dan berdaya saing. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berterusan kerajaan negeri itu turut melibatkan peningkatan infrastruktur teknologi […]

Fadillah dapat Datuk Amar, dahului senarai penerima anugerah kebesaran sempena Hari Lahir TYT Sarawak

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof mendahului senarai 1,372 penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak Tahun 2025 sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-79. Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak membawa gelaran […]

KCFC wujudkan kesedaran kepentingan kesihatan mental

KUCHING: Kelab bola sepak Kuching City FC (KCFC) menjadikan sukan sebagai medium mewujudkan kesedaran kesihatan mental dan sokongan serta pemulihan mental. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Pengerusi KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan sosial rakyat Sarawak. “Inisiatif seperti ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat […]

Penduduk Kampung Suyong nikmati akses jalan raya, mudahkan pergerakan

BALINGIAN: Penduduk Kampung Suyong di sini menikmati akses yang lebih baik selepas tujuh projek menaik taraf jalan ke rumah-rumah di sekitar kampung berkenaan siap lebih awal. Majlis penyerahan tapak projek disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi. Beliau merakamkan penghargaan kepada agensi pelaksana atas komitmen memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar diutamakan. Projek […]