Category: Umum

Belia pikul tugas bangunkan negeri

LAWAS: Kemajuan dan kemakmuran negeri ini harus diteruskan oleh kepimpinan belia sekarang sebagai generasi pelapis, kata Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong. Justeru, katanya, belia Sarawak mempunyai tanggungjawab berat dalam memastikan Sarawak terus maju dan makmur pada masa akan datang. Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) merupakan satu daripada organisasi yang mampu melahir pemimpin […]

Pendekatan pembelajaran UiTM ditambah baik, 1,521 graduan bergraduat

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) giat memperkasakan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi utama negara dengan melahirkan graduan bumiputera profesional yang mampu bersaing di peringkat global. Pro-Canselor UiTM, Dato’ Sri Zarinah Anwar berkata, pendekatan pembelajaran di UiTM sentiasa ditambah baik agar selari dengan keperluan industri serta kehendak pasaran pekerjaan semasa. ”Usaha ini terbukti apabila graduan […]

Jalan baharu Sadong Jaya-Sebuyau bakal siap 2028, pendekkan perjalanan laluan pesisir

SEBUYAU: Jarak perjalanan dari Sadong Jaya ke sini akan lebih singkat apabila laluan pesisir baharu sepanjang 28 kilometer (km) siap menjelang 2028. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, laluan itu mengurangkan lebih 10 km dari jarak sedia ada. “Kerja-kerja pembinaan kini berada di peringkat awal dengan kemajuan dicatatkan sebanyak 3.85 peratus,” […]

Sarawak peneraju tenaga diperbaharui

SHANGHAI: Sarawak yang menyasarkan kapasiti penjanaan tenaga 10 gigawatt (GW) menjelang 2030 dan 15GW pada 2035 berhasrat menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keselamatan serta kemampuan tenaga adalah asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri yang pesat dan inklusif. “Sarawak terus memacu […]

Masjid terapung baharu mercu tanda Kampung Punang

LAWAS: Pembangunan masjid baharu, Masjid Terapung Kampung Punang kini telah mencapai lebih 90 peratus siap. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek dilaksanakan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA). “Projek ini akan menjadi mercu tanda bagi Kampung Punang,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Ibadah Korban di Kampung Punang dan Lawatan kerja […]

25 projek infrastruktur DUN Kabong giat dilaksana

KUCHING: Sebanyak 25 projek pembangunan infrastruktur di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sedang giat dilaksana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek ini melibatkan kos keseluruhan RM60.89 juta dengan lima projek tersebut siap sepenuhnya. “Manakala, 20 projek lagi di peringkat perancangan,”katanya. Beliau berkata […]

Golongan asnaf dan kurang mampu antara penerima daging korban

SARIBAS: Sebanyak 33 ekor lembu dikorbankan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas untuk ibadah korban pada tahun ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, peruntukan disalurkan kepada 22 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk melaksanakan ibadah korban. “Saya gembira dan berpuas hati dengan cara pelaksanaan program […]

Projek bina Jambatan Batang Rambungan cecah 5.84 peratus

LUNDU: Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan kini mendahului jadual dengan kemajuan fizikal mencecah 5.84 peratus, berbanding 3.76 peratus yang dijadual. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, peratusan pembangunan pembinaan jambatan itu amat memberangsangkan. “Projek ini sedang berada di depan 2.08%, berbanding dengan kemajuan bulan lalu yang sedikit […]

Proses permohonan PPRS ketat – Rubiah

ASAJAYA: Kerajaan memperuntukkan hampir RM107 juta kepada Sarawak untuk Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi tahun ini, sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti luar bandar melalui pembinaan dan pembaikan rumah. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang memaklumkan bahawa dana akan digunakan untuk membiayai projek bina baharu dan baik pulih rumah rakyat di seluruh […]

479 asnaf, keluarga kurang mampu terima daging korban

ASAJAYA: Pelaksanaan ibadah korban sebelum tibanya Hari Raya Aidiladha yang sebenar ditegur sebagai tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat dan bertentangan dengan amalan sebenar syariah Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi teguran tersebut susulan maklumat bahawa Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) Zon Asajaya telah melaksanakan program penyembelihan korban […]