BINTULU: Projek Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Hospital Bintulu dijangka siap dalam masa terdekat ini. Anjung Kasih ini akan menyediakan 67 katil untuk pesakit serta bilik penginapan, ruang solat, ruang rehat, bilik mandi, tandas dan ruang makan. Kemudahan terbabit merupakan yang pertama menerima tajaan daripada syarikat Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan keempat di […]
Kebolehlaksanaan nuklear sebagai sumber tenaga jangka panjang dikaji
KUCHING: Kerajaan sedang meneliti kebolehlaksanaan penggunaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga jangka panjang, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadilah Yusof. Katanya, langkah itu bagi menjamin keterjaminan bekalan tenaga negara yang bersih dan mampan. Beliau berkata, keputusan dasar telah dibuat untuk mempertimbangkan tenaga nuklear, namun pelaksanaannya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun, bergantung […]
Persatuan Kedayan Sarawak perlu dihidupkan semula
LIMBANG: Persatuan Kedayan Sarawak (PKS) yang pernah diwujudkan sebelum ini, perlu dihidupkan semula. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata PKS pernah diwujudkan oleh pengurusan terdahulu namun dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Katanya, persatuan itu amat penting bagi menjaga kebajikan kaum Kedayan dan melalui persatuan ini mereka boleh bekerjasama dengan persatuan lain untuk kebaikan […]
Pertandingan Putera Hensem, Puteri Jawak tingkatkan keyakinan kanak-kanak
DARO: Pertandingan Putera Hensem dan Puteri Jawak sempena Pesta Daro 2025 berjaya menarik perhatian ramai penonton di Pentas Utama, Pesta Daro malam tadi. Pertandingan bertemakan 3R iaitu Kitar Semula, Guna Semula dan Kurangi diadakan sempena Pesta Daro 2025. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pertandingan tersebut menarik seramai 35 peserta terdiri daripada kalangan pelajar […]
Projek SMK Sri Sadong siap lebih awal
SIMUNJAN: Projek pembinaan gantian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong bernilai RM28.73 juta yang siap telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan, di sini, semalam. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, projek diamanahkan kepada Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan dilaksanakan kontraktor dilantik iaitu Welfield Services Sdn. Bhd […]
Sarawak terokai peluang kerjasama dengan Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN: Kerajaan Sarawak mahu meneroka lebih banyak peluang kerjasama strategik bersama Brunei Darussalam dalam pelbagai bidang. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkongsian sempadan dengan Brunei Darussalam memberi Sarawak kelebihan untuk membina hubungan erat dengan kerajaan negara itu termasuk komuniti perniagaan serta rakyatnya. Katanya, nilai dagangan antara Sarawak dan […]
180 peserta sambut Hari Wanita Daerah Bintulu 2025
BINTULU: Kejayaan seorang pemimpin, tokoh profesional mahupun insan biasa sering kali berakar dari kekuatan dan pengorbanan seorang wanita sama ada ibu, isteri mahupun pendidik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini termasuk beliau sendiri yang ada mempunyai seorang ibu. “Saya berdiri di sini hari ini kerana adanya seorang wanita bergelar ibu. Tanpa […]
Lima kampung Asajaya jadi Kampung Angkat MADANI
ASAJAYA: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melancarkan Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan projek fizikal di lima kampung di Dewan Perpaduan, Kampung Semera Lot, Semera, di sini, hari ini. Kampung terbabit ialah Kampung Semera Lot Baru, Kampung Semera Masjid, Kampung Ulu Semera, Kampung Semera Hilir dan Kampung Lot Buah. Menurut kenyataan media UNIMAS, majlis perasmian program […]
Jalan penghubung baharu Samarahan, Lapangan Terbang Kuching dapat diguna September
KUCHING: Penduduk di sekitar Samarahan dan Jalan Lapangan Terbang Kuching bakal menikmati perjalanan lebih lancar apabila jalan penghubung baharu yang sedang dibina hampir siap. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jalan tersebut dijangka mula digunakan selewat-lewatnya September ini. Katanya, projek jalan sepanjang 7.9 kilometer (km) kini mencapai 96 peratus kemajuan fizikal dan […]
Pemimpin akar umbi agen perpaduan masyarakat majmuk
DARO: Kunjungan 27 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Bahagian Sibu ke Daerah Daro bukan sahaja menjadi platform silaturahim, malah mencerminkan usaha memperkukuh perpaduan, perkongsian pengalaman dan semangat kekitaan dalam kalangan pemimpin akar umbi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, menegaskan pembangunan dan kemajuan tidak boleh dicapai tanpa wujudnya hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai […]
