Category: Umum

Jambatan Marina hadiah sambutan Hari Sarawak

MIRI: Miri bakal berubah wajah dengan bermulanya projek pembinaan Jambatan Marina sekali gus menjadi hadiah bermakna sempena sambutan Hari Sarawak 2025. Jambatan cable stayed sepanjang 650 meter (m) itu membabitkan kos RM450 juta dan akan memendekkan jarak perjalanan antara Marina Miri dan Pulau Melayu kepada hanya dua (km) berbanding 12 km sebelum ini. Timbalan Premier […]

Jambatan Marina ikon baharu Miri

MIRI: Bandaraya Miri bakal menikmati transformasi besar dalam sektor pelancongan dan perhubungan menerusi pembinaan Jambatan Marina yang dijangka menjadi mercu tanda ikonik baharu di utara Sarawak. Projek mega ini bukan sahaja memberi impak kepada jaringan jalan raya, malah bakal melonjakkan status Miri sebagai pusat peranginan utama di wilayah tersebut. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri […]

Sarawak terus pertahankan hak, martabat rakyat – Awang Tengah

KUCHING: Sarawak akan terus lantang melaungkan suaranya dalam mempertahankan hak-hak wilayah ini sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa, komitmen ini bukan sahaja menjadi asas kepada kemajuan Sarawak, malah mencerminkan suara dan martabat rakyat […]

TYT hadiri Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025, malam tadi. Ketibaan TYT serta Toh Puan pada jam 6.30 petang semalam di Masjid At-Taqwa, Miri disambut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali […]

Miri simbol kemajuan, keharmonian Sarawak

MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan bandaraya Miri sebagai simbol kemajuan dan keharmonian kaum Sarawak. “Miri adalah bandar raya yang dibangunkan berasaskan industri minyak dan gas, sekali gus simbol kemajuan dan keharmonian kaum wilayah ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam perutusan buku atur cara sempena Sambutan Hari Sarawak 2025 […]

SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab bakal miliki masjid baharu

KUCHING: Projek pembinaan Masjid Sheikh Haji Othman Abdul Wahab di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dijangka bermula dalam masa terdekat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid tersebut, Dato’ Dr Juanda Jaya berkata, reka bentuk pembinaan masjid telah siap sepenuhnya dan tapak seluas […]

Klinik, CENTEXS Lawas pemangkin kemajuan kawasan utara

LAWAS: Dua projek strategik kerajaan negeri di sini, akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan utara. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek pertama, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Kampus Lawas kini sudahpun beroperasi. Manakala, pembinaan Klinik Kesihatan Lawas dijangka siap pada Oktober tahun ini, katanya kepada media selepas meninjau kemajuan […]

Sambutan Hari Sarawak simbol patriotik rakyat, semai rasa sayang – Mohd. Razi

KUCHING: Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai ini (esok) harus djadikan pembakar semangat untuk menyemarakkan perasaan kasih sayang dan setia kepada Bumi Kenyalang. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohd. Razi Sitam berkata, selain itu, sambutan Hari Sarawak juga perlu dijadikan wadah untuk mempertahankan kestabilan dan keutuhan perpaduan rakyat. Dalam kemeriahan […]