Category: Umum

22 Julai simbol penting jati diri rakyat Sarawak – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi perhatian kepada pertumbuhan ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui termasuk hidrogen hijau, bioekonomi dan pelaburan dalam pendidikan dan inovasi. Beliau percaya kesungguhan Premier Sarawak dalam membangunkan sektor berkenaan akan merealisasikan […]

Bersama bina masa depan gemilang – Awang Tengah

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengajak rakyat di negeri ini supaya menjadikan sambutan Hari Sarawak sebagai satu detik untuk mengorak langkah bersama kepimpinan membina masa depan lebih gemilang. Beliau berkata, bersama-sama pucuk kepimpinan membina Sarawak gemilang itu untuk kepentingan generasi akan datang. Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai […]

Nuansa Seni Edisi Keenam pamerkan seni, warisan Melayu Sarawak

KUCHING: Nuansa Seni Edisi Keenam: Festival Kelestarian Warisan Melayu Sarawak merupakan platform untuk memelihara dan memperkasa seni serta warisan budaya Melayu Sarawak dalam konteks moden dan berdaya saing. Bertemakan “Pertembungan Dua Zaman, Satu Jiwa”, program ini menyatukan penggiat seni, pereka dan komuniti budaya dalam usaha melestarikan identiti warisan Melayu Sarawak secara progresif dan relevan. Menteri […]

Sarawak model perpaduan kaum

MIRI: Pemimpin agama di negeri ini disaran memainkan peranan mengajak masyarakat saling menghormati agar Sarawak terus menjadi mercu tanda keharmonian dan perpaduan dalam negara. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sejarah telah menyaksikan banyak konflik berlaku di peringkat global berpunca dari perbezaan pendapat dan pengabaian keharmonian kaum dan agama. “Dalam […]

Briged Sarawak PGA terima sumbangan mesin AED

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyumbangkan sebuah mesin Automated External Defibrillator (AED) kepada Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) di Klinik Kesihatan Ibu Pejabat Briged PGA Sarawak, di sini, hari ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian menyerahkan sumbangan mesin kepada Timbalan Komander Briged […]

Saya berpegang prinsip parti, jaga perpaduan, setia pada pucuk pimpinan – Awang Tengah

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatkan laporan berita yang tular baru-baru ini, cuba melagakan pemimpin tertinggi Sarawak sebagai laporan tidak ada kredibiliti. Ini bertentangan dengan prinsip pelaporan berita kerana gagal mengemukakan sumber, katanya. “Saya dikaitkan dalam berita ini konon ada power struggle dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sedangkan yang […]

Tuduhan perebutan kuasa seolah cuba gugat perpaduan Parti PBB

GEDONG: Isu yang tular di media sosial berkaitan tuduhan perebutan kuasa dalam kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah tidak berasas sama sekali. Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), merangkap Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata tindakan tersebut seolah-olah cuba mengeruhkan air yang tenang […]

Beri tumpuan pada tanaman makanan, ternakan

SEBAUH: Sarawak harus memberi tumpuan kepada tanaman makanan dan ternakan agar tidak terus bergantung kepada kelapa sawit sebagai hasil pertanian. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ketika ini sebanyak 83 peratus hasil pertanian negeri disumbangkan oleh industri kelapa sawit, manakala sumbangan subsektor lain seperti padi, beras […]

Masjid baharu reka bentuk moden bakal dibina

BETONG: Satu lagi mercu tanda bakal menghiasi bahagian ini apabila sebuah masjid baharu dengan reka bentuk moden bakal dibina. Pembinaan itu bukan sekadar sebagai rumah ibadah, tetapi simbol keutuhan perpaduan ummah dan kemajuan masyarakat Islam di kawasan ini. Projek itu dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Beliau menyifatkan pembinaan […]

Cadangan anjur larian jambatan serentak seluruh bahagian

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah mencadangkan agar larian jambatan diadakan serentak di seluruh bahagian negeri ini pada masa akan datang. Katanya, inisiatif itu sebagai menghargai usaha Kerajaan Sarawak membangunkan infrastruktur di seluruh negeri menyaksikan sebanyak 16 jambatan dibina dengan lima daripadanya sudah siap. “Mungkin satu fenomena larian jambatan diadakan serentak di semua […]