Category: Umum

Kemajuan projek Hospital Petra Jaya capai 54.26 peratus

PETRA JAYA: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya kini mencapai 54.6 peratus. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, ini menunjukkan kemajuan projek tersebut mendahului tiga bulan dari jadual asalnya. “Saya tidak nampak masalah yang mungkin membolehkan projek ini tergendala lagi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke projek hari ini. Dzulkefly berkata, ia sekali gus menafikan kebarangkalian […]

Bekerja gigih bangun Sarawak – Abang Johari

KUCHING: Berdasarkan pencapaian cemerlang Sarawak pada 2023, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin pada tahun ini, Sarawak akan mengecapi kejayaan lebih besar dalam usaha mengecapi kemakmuran dan pertumbuhan. Beliau berkata, untuk mencapai matlamat Sarawak negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, rakyat Sarawak hendaklah bersedia menghadapi cabaran dan terus bekerjasama dengan gigih. […]

Peralihan kepada tenaga bersih kunci pertumbuhan ekonomi Sarawak

KUCHING: Peralihan kepada tenaga bersih menjadi kunci kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi masa depan Sarawak, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Untuk menyokong usaha tersebut, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak akan menggubal Dasar Peralihan Tenaga dan Peta Jalan untuk Sarawak. Katanya, pelan hala tuju itu akan menjadi titik […]

Projek H2ornbill, H2biscus dianggar jana RM2.4 bilion kepada Sarawak

KUCHING: Hidrogen hijau dianggarkan menjana tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini melalui dua projek penghasilan hidrogen hijau iaitu projek H2ornbill dan H2biscus. “Kedua-dua projek ini berpotensi menghasilkan sehingga 238,000 tan hidrogen hijau setahun, menjana anggaran tambahan […]

Kerajaan Sarawak bangunkan sistem pangkalan data pasaran buruh

KUCHING: Sistem Maklumat Tenaga Kerja Sarawak (SWIS) yang dibangun Kerajaan Sarawak dijadual siap tahun ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SWIS dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). “Setelah selesai (penyiapan SWIS), kami akan mempunyai sistem pangkalan data pasaran buruh yang komprehensif,” katanya di Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak […]

Sarawak pelajari model terbaik negara lain untuk keperluan anak OKU

KUCHING: Sarawak komited mempelajari model negara luar bagi menambah baik penyediaan keperluan anak orang kelainan upaya (OKU). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak masih mengkaji model atau amalan terbaik itu dari negara lain di seluruh dunia. “Ia penting sebelum menerima pakai dan menyesuaikannya dengan keperluan anak-anak OKU […]

Program MyLesen Kelas B2 bantu tangani pelajar tanpa lesen

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak meluluskan sebanyak 1,000 lesen memandu Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) ‘MyLesen’ setakat ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program perintis selama enam bulan ini disasarkan khas kepada pelajar 16 tahun ke atas yang menggunakan motosikal ke sekolah tanpa berlesen. “Dengan adanya program […]

AirAsia lancar tambang rendah tetap sempena musim perayaan

KUCHING: Jumlah penumpang Airasia dari Semenanjung ke Sarawak bagi 2023 sangat baik dan dijangka kekal pada tahun ini. Wakil Pegawai Perhubungan Airasia di Sarawak, Hamdan Mohammad berkata, bagaimanapun jumlah penumpang bagi laluan Singapura-Miri dan Sibu tidak memberangsangkan. Justeru, Airasia dalam proses tidak meneruskan laluan itu pada Februari tahun ini disebabkan menanggung kerugian berterusan, katanya dalam […]

Premier Sarawak hulurkan sumbangan pada hero kebakaran RPR Batu Kawa

KUCHING: Sumbangan RM50,000 daripada Premier Sarawak disampaikan kepada keluarga seorang hero yang menyelamat mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa di sini, tahun lalu. Mohamad Syafiq yang juga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak cawangan Sarikei cedera parah ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam insidendi Lorong 16, RPR Batu Kawa, di […]

Pengangkutan percuma pelajar sekolah sedang diusaha – Fatimah

DALAT: Usaha menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar 10 sekolah kawasan luar bandar di Dalat masih dibincangkan dengan Lembaga Sungai Sarawak (LSS). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha di bawah program Yayasan Sarawak itu akan memberi manfaat kepada seramai 287 pelajar sekolah rendah di Dalat. “Perkara itu masih dalam […]