3.4 hektar tanah untuk makmal penyelidikan agro kelapa Sebuyau

SEBANGAN: Sebanyak 3.4 hektar tanah di sekitar kawasan ini diguna untuk pembangunan Pilot Projek Makmal Penyelidikan Agro Kelapa Sebuyau Fasa Satu.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, selebihnya beberapa kawasan sekitar termasuk Kampung Tebelu, Sebuyau untuk projek melibatkan kawasan seluas 25 hektar itu.

“Kita juga mengenal pasti 26.66 hektar kawasan di Kampung Sampat untuk dibangun projek ini.

“Sebanyak 10 hektar akan diperuntuk untuk kawasan penyelidikan UNIMAS dan selebihnya untuk penanaman semula kelapa berhasil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Pilot Projek Makmal Penyelidikan Agro Kelapa Sebuyau (Fasa Satu) di Ladang Kelapa Pandan, Kampung Arus Melayu di sini, hari ini.

Jawatankuasa Pilot Projek Makmal Penyelidikan Agro Kelapa Sebuyau sedang berusaha mengenal pasti kawasan lain berpotensi l sebagai kawasan penanaman semula kelapa berhasil tinggi.

“Antara Varieti Kelapa yang dikenal pasti adalah Kelapa Pandan, Tacunan, dan Matag,” katanya.