KAPIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bena, Sungai Sut, di sini perlu dibina semula untuk keselamatan pelajar dan tenaga pengajarnya, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau mencadangkan demikian selepas mendapati sekolah terbabit ditenggelami air hingga ke bumbung dalam kejadian banjir baru-baru ini. “Tidak dapat saya bayangkan ketakutan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi […]
Projek naik taraf loji rawatan air Daro bakal tangani masalah tekanan air rendah
DARO: Projek naik taraf loji rawatan air Daro di Sungai Tebu sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek itu merupakan komitmen Kerajaan Sarawak menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan bekalan air yang tidak mencukupi di Daro. “Apabila siap kelak, ia mampu menghasilkan […]
Hormati, hayati tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan
SIBU: Rakyat negara ini harus menghormati dan memahami pengertian tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan dan 16 September Hari Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tarikh-tarikh tersebut tidak harus dipolemikkan tetapi apa yang lebih penting ialah tarikh-tarikh tersebut dihormati dan difahami pengertiannya oleh . rakyat negara ini. Beliau berkata […]
Elak dipengaruhi anasir luar
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengajak semua lapisan masyarakat supaya bersama-sama mengenang dan menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Beliau berkata, pengorbanan mereka bukan sahaja telah melepaskan rakyat daripada belenggu penjajahan, tetapi turut membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan rakyatnya hidup bersatu padu. “Hasil […]
Teruskan legasi pemimpin terdahulu
KUCHING: Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar mengingatinya tetapi hari untuk menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang habis-habisan mencapai kemerdekaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk meneruskan legasi itu dengan mempersiapkan negara menghadapi cabaran dan peluang mendatang. “Hari ini, kita berhadapan dengan dunia yang cepat berubah disebabkan […]
GPS fokus dasar jana ekonomi mapan
KUCHING: Tumpuan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini menjurus ke arah dasar penjanaan ekonomi mapan berteraskan sumber yang lestari dan teknologi, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, seawal 2017, Sarawak telah mengorak langkah untuk membangunkan ekonomi digital yang disusuli dengan inisiatif ke arah ekonomi hidrogen, pembangunan sumber lestari […]
Pengurangan penerbangan boleh beri kesan pelancongan Sarawak
KUCHING: Sarawak berharap tindakan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk mengurangkan rangkaian penerbangan ketika ini hanya sementara dan tidak menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengurangan rangkaian penerbangan terutamanya keluar dan masuk ke Sarawak sudah tentu memberi kesan kepada industri pelancongan. “Saya […]
Hayati erti kemerdekaan, pertahankan keharmonian
SIBU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu mahu semua pihak mempertahankan kemerdekaan negara yang sedang dikecapi. Pengerusinya, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz berkata, ini khususnya di Sarawak sebagai negeri yang sangat unik dihuni penduduk daripada pelbagai etnik. “Namun kesepaduan sosial yang terbina selama ini banyak menyumbang kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti bangsa […]
Keluarga mangsa perahu karam terima sumbangan
LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah hari ini menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa perahu karam di Sungai Kayan 20 Ogos lalu. Sumbangan yang diserahkan kepada keluarga mangsa terbabit berupa bekalan makanan asas,pakaian, bakul makanan daripada Petronas serta keperluan lain. Waris mangsa perahu karam yang menerima sumbangan itu masing-masing keluarga […]
Ekonomi hijau Sarawak buka peluang kepada pelabur
SYDNEY, Australia: Matlamat Sarawak beralih kepada ekonomi hijau dan tenaga mampan membuka landskap dinamik kepada pelabur yang berminat dalam kelestarian dan penyelesaian tenaga diperbaharui. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malah tenaga diperbaharui turut membuka peluang kepada pelabur yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada kelestarian pada masa […]
