Category: Umum

Program Ziarah Ramadan MUT, SEB santuni masyarakat

SEBUYAU: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) meneruskan usahanya menyantuni masyarakat dengan menganjurkan Program Ziarah Ramadan dan Tanggungjawab Sosial di Masjid An -Nur Kampung Tebelu di sini. Simbolik penyampaian disempurnakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi semasa program itu hari […]

Sarawak ungguli IPNas 2025 mengikut pecahan wilayah

SIBU: Sarawak mencatatkan skor tertinggi bagi Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 mengikut pecahan wilayah, sekali gus mencerminkan tahap perpaduan masyarakat yang kukuh di negeri itu. Menteri Perpaduan, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, laporan IPNas yang dikeluarkan baru-baru ini merupakan kajian kali ketiga dilaksanakan bagi mengukur tahap perpaduan rakyat di negara ini. “Sarawak merekodkan pencapaian […]

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 bincang bidang pendidikan, kesihatan

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) baru-baru ini menerima pembentangan khas daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata pembentangan tersebut melibatkan aspek pentadbiran serta beberapa perkara lain yang dipersetujui untuk diserahkan kuasa kepada Sarawak dan Sabah. “Banyak perkara telah mencapai persetujuan, termasuk beberapa bidang yang boleh diserahkan kepada […]

ADUN Satok meriahkan program agihan bubur lambuk

KUCHING: Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan Satok sempena program Pengagihan Bubur Lambuk N8 Satok di Jambatan Datuk Amar Juma’ani di sini, hari ini. Pengagihan bubur lambuk disempurnakan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki. Program tersebut merupakan anjuran bersama Pusat […]

Pemerkasaan wanita tunjang pembangunan mampan Sarawak

MIRI: Pemerkasaan wanita bukan sekadar isu wanita semata-mata, tetapi merupakan agenda pembangunan penting bagi memastikan masa depan Sarawak lebih mampan dan inklusif. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, apabila wanita diberi akses kepada peluang, pendidikan dan sokongan yang mencukupi, masyarakat akan memperoleh manfaat melalui keluarga yang lebih kukuh, komuniti yang […]

Projek Jambatan Sungai Paku bantu tingkatkan kemudahan perhubungan penduduk

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek pembinaan Jambatan Sungai Paku di Jalan Tanjung Sebekut, Spaoh, hari ini. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban hadir bersama pegawai […]

Bantuan SKAS 2026 dilancar, Kerajaan Sarawak peruntukkan RM640 juta

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM640 juta untuk meneruskan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang dilancarkan hari ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak membelanjakan RM480.2 juta untuk melaksanakan program SKAS pada tahun pertama pada 2025. Bantuan itu disalurkan kepada lebih 888,000 penerima yang layak terdiri […]

RM315,000 disalur kepada 30 penerima Parlimen Kapit

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM315,000 kepada 30 penerima bagi kawasan Parlimen P215 Kapit, hari ini. Menurutnya, sumbangan tersebut melibatkan pelbagai penerima yang memerlukan sokongan bagi menjayakan aktiviti serta pembangunan komuniti di kawasan berkenaan. “Saya berharap sumbangan ini dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan program, aktiviti kemasyarakatan serta inisiatif […]

Yayasan AIDS Malaysia, Teratak Kasih Tok Nan santuni golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dengan kerjasama Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) meneruskan usaha murni mendekati dan menyantuni pesakit menerusi program Konvoi Program ‘Satu Juadah Seribu Keberkatan’. Menerusi program kebajikan itu, komuniti terjejas dikenal pasti akan dibantu melalui sumbangan bantuan makanan serta sokongan akses kepada rawatan kesihatan. Program diadakan sempena bulan Ramadan itu dilaksanakan melalui […]

Sarawak sasarkan status hab serantau, perkukuhkan hubungan dengan China

KUCHING: Sarawak mengalu-alukan pelaburan berkualiti yang menyokong agenda pembangunan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS-19) 2030, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Langkah itu bertujuan mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar. Beliau sehubungan itu, menegaskan bahawa Sarawak komited menyediakan ekosistem perniagaan kondusif melalui usaha berterusan memodenkan […]