Category: Umum

Sarawak rancang bina Pusat Prestasi Tinggi Sukan

KUCHING: Sarawak menyasarkan pembinaan sebuah Pusat Prestasi Tinggi Sukan di negeri ini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang bagi memperkukuh pembangunan atlet berasaskan sains sukan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pusat berkenaan amat diperlukan bagi memastikan latihan atlet tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional […]

Masjid, surau Limbang terima peruntukan OG

LIMBANG: Peruntukan Outright Grant (OG) sebanyak RM262,000 diserahkan kepada masjid dan surau di daerah ini, hari ini. Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan sumbangan terbabit kepada 10 masjid dan 53 surau. Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Pelancaran Semarak Ramadan dan Penyerahan Cek Sumbangan dan Kurma Peringkat Limbang 2026 di […]

Perpaduan, toleransi teras kekuatan masyarakat Sarawak

DARO: Amalan kunjung-mengunjung sempena perayaan utama pelbagai kaum bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, kata Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Malah katanya, ia memperkukuh semangat perpaduan dan toleransi yang menjadi teras kekuatan masyarakat Sarawak sejak sekian lama. Beliau menyifatkan sambutan itu sebagai cerminan keindahan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang terus melangkah maju dan makmur. Ujarnya, […]

Pembangunan jalan raya Ba’kelalan ke Kalimantan, Bario dilulus

LAWAS: Penduduk disaran turut mengambil peluang hasil pembangunan jalan raya di kawasan Parlimen Lawas. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, antaranya jalan raya menghubungkan Ba’kelalan ke Kalimantan dan Bario yang dilulus. “Ini akan merancakkan sektor ekonomi setempat khususnya dalam pelancongan dan perdagangan rentas sempadan antara Lawas, Kalimantan, Brunei dan Sabah,” katanya. Beliau berkata […]

PSSS bantu tangani masalah kesihatan mental

KUCHING: Akses kepada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) kini diperluas bagi memastikan lebih ramai individu menerima bantuan profesional dalam menangani masalah kesihatan mental. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, statistik terkini mencatatkan bahawa sejak Oktober 2021 hingga Disember 2025, lebih 156,000 klien mendapat sokongan daripada pusat berkenaan. “Usaha ini amat […]

Contohi perpaduan Sarawak, saling menghormati antara kaum

KUCHING: Kekuatan Sarawak yang membolehkannya berdiri teguh sebagai negeri contoh di Malaysia terletak pada semangat perpaduan dan sikap saling menghormati antara kaum. ​Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa tradisi kunjung-mengunjung melalui rumah terbuka merupakan instrumen penting yang perlu dipelihara demi memastikan keharmonian berkekalan. ​”Kekuatan perpaduan inilah yang perlu terus kita pelihara,” […]

Rumah terbuka lambang identiti pelbagai kaum di Sarawak

KUCHING: Penganjuran rumah terbuka perayaan utama anjuran Kerajaan Sarawak terus menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta menyemai nilai pembinaan bangsa dalam kalangan rakyat negeri ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai peringkat negeri mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip keterangkuman […]

Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 315 rumah di Kampung Sungai Mata kini menikmati bekalan air bersih dan terawat yang lebih stabil. Ini susulan dua tangki air berkapasiti 38,000 liter sehari mula beroperasi sepenuhnya, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup penduduk Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, setiap tangki berkapasiti 19,000 liter untuk […]

Masyarakat Cina teruskan peranan bantu memaju, mensejahterakan Sarawak

KUCHING: Komuniti perniagaan terutama masyarakat Cina perlu terus bekerjasama memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak pada Tahun Baharu Kuda 2026 yang akan disambut esok. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana Kerajaan Sarawak akan terus berusaha memacu pertumbuhan ekonomi wilayah dan negara serta memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara adil setiap lapisan […]