KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
“Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,700 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, di sini, hari ini.
Di samping itu, Anwar juga berkata Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.
Katanya, ini bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.
“Umpamanya, gaii permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan
Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985),” tambahnya.
