Gerai Bazar Ramadan Lawas meningkat

LAWAS: Bazar Ramadan Lawas pada tahun ini tampil dengan 240 gerai jualan di Dataran Bandar Lawas di sini.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, jumlah gerai jualan itu bertambah dari tahun lalu menarik ramai pengunjung dari masyarakat berbilang bangsa.

“Inilah yang kita inginkan diteruskan untuk Lawas khasnya dan Sarawak amnya dan dimana ianya adalah melambangkan perpaduan silaturrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada perasmian bazar Ramadan terbabit.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Temenggong Rosili Majid, Temenggong Davis Parag, Presiden Persatuan Tarik Tali Sarawak(PTTS) Steve Lius dan Timbalan Presiden PTTS Mohd Nazmi Tengah.