LAWAS: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (MIS) Lawas menerima sumbangan geran kerajaan berjumlah RM20,000.
Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengumumkan sumbangan terbabit ketika merasmikan Pesta PIBG SK (MIS) Lawas, di sini, hari ini.
Ini sebagai sokongan kepada pesta itu yang diadakan bagi mengutip dana pembelian van sekolah dan tabung PIBG sekolah itu.
Pesta itu membabitkan berbagai program bersama agensi kerajaan, swasta di samping gerai-gerai jualan yang terbuka kepada ibu bapa dan orang ramai.
Hadir sama ialah Guru Besar SK Agama (MIS) Lawas Radin Wello, Pegawai Agama Islam Daerah Lawas Ustaz Assykurahman Othman.
