SIMUNJAN: Masjid Darul Hijrah di sini bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM150,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, projek itu melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan ruang solat, kemudahan wuduk serta kawasan sekitarnya.
“Lawatan tapak sudah dibuat pada Februari lalu dan projek kini dalam peringkat persiapan pelaksanaan,” katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah, semalam.
Beliau turut menekankan bahawa projek ini bukan sahaja melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, malah turut merangkumi penambahbaikan asas seperti ruang solat, kemudahan wuduk dan kawasan sekitar yang lebih mesra komuniti.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan isteri, Napsiah Abang Kaderi.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak sebagai tanda mesra dan penghargaan sempena Aidilfitri.
