KUCHING: Kawasan Utara Sarawak kini menikmati infrastruktur bekalan elektrik lebih mampan susulan menerima bekalan daripada talian Grid Sarawak.
Sarawak Energy dalam satu kenyataan berkata, pelancaran substesen Voltan Tinggi Tambahan 275kv di bandar Limbang yang disepadukan dengan talian bekalan Bunut-Medamit Limbang 275kv pada 31 Julai lalu, membolehkan kawasan Utara Sarawak menikmati bekalan elektrik lebih mampan.
Projek itu membabitkan pembinaan talian bekalan sepanjang 228 kilometer (km) dan 644 menara serta tiang dari Bunut keMedamit hingga ke substesen EHV baharu bandar Limbang.
Susulan siapnya kabel penghantaran itu, rangkaian bekalan elektrik di Limbang kini melalui Grid Sarawak.
Stesen tenaga Limbang kini berada dalam kesiapsiagaan dan boleh menyokong sistem bekalan elektrik sekiranya diperlukan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menzahirkan tahniah kepada Sarawak Energy atas pencapaian itu.
Beliau menyifatkannya sebagai satu lagi kejayaan Sarawak dalam memperkukuhkan infrastruktur elektrik dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.
“Kejayaan menyambung bekalan elektrik ke Limbang melalui Grid Sarawak mencerminkan komitmen berterusan KerajaanSarawak dalam memastikan rakyat menikmati bekalanelektrik yang mampan dan berpatutan,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan itu juga adalah hasil perancanganyang tersusun, kerjasama erat dan dedikasi semua pihak dalam membangunkan infrastruktur penting di negeri ini.
Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Ibrahim Baki pula berkata, sebelum ini Limbang bergantung kepada sistem bekalan elektrik berasaskan diesel.
Dengan mendapat bekalan elektrik melalui Grid Sarawak, katanya, Bahagian Limbang kini mendapat bekalan tenaga bercampur berasaskan tenaga hidro yang lebih berdaya tahandan mampan.
Kejayaan itu, katanya, turut mengurangkan kebergantungdengan bekalan janakuasa menggunakan diesel, mengurangkan perlepasan karbon dan meningkatkankelestarian alam sekitar.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) berkata, kejayaan itu juga akan membuka peluang untuk memperluaskan bekalan elektrik ke pedalaman di Batu Danau dan Ulu Medamit.
Sambungan bekalan elektrik melalui Grid Sarawak ke Lawas juga membolehkan bekalan disambungkan ke Sabah sambil menyokong matlamat Sarawak memperluaskan bekalan di bawah inisiatif Grid Tenaga ASEAN, katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, dengan Sarawak Utara kini disambungkan sepenuhnya ke Grid Sarawak, rangkaian penghantaran yang diperkukuh meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik di Lawas dan Limbang, di samping menyokong pembangunan ekonomi serta permintaan tenaga masa depan.
