SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar 2, dekat Kampung Tanjung Engkabang di sini dicadangkan dibangunkan dengan hentian rawat dan rehat (R&R).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor ini telah dicadangkan semasa mesyuarat dengan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) baru-baru ini.
“R&R yang saya cadangkan bersama Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli bukannya yang biasa seperti di Jelukong dan di Layar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ibadah Qurban dan Tahlil Perdana serta Perasmian Rumah Wakaf Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Simanggang, di sini, hari ini.
Dayang Noorazah berkata, ini kerana R&R dicadangkan itu bukan sahaja memberi peluang kepada penjaja kecil berniaga tetapi juga dibina taman rekreasi dan dataran untuk masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Temenggong Mohamad Shah Achang, Pemanca Abang Norin Abang Noruddin dan Penghulu Rosli Ana.
