KUCHING: Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N8 Satok Sesi 2024-2027 yang berakhir semalam, menyaksikan semua ahli jawatankuasanya (AJK) menang tanpa bertanding.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki kekal sebagai ketua cawangan sementara Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samad Gany timbalan ketua.
Dalam pada itu, tiga Naib Ketua Cawangan ialah Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, Mohamad Akram Mohamed Karim dan Kaunselar Salina Mohammad Salleh.
Setiausaha ialah Sarbini Abang, Ketua Penerangan (Ali Sujang), Bendahari (Dato Al Hadi Ibrahim) dan 19 ajk. Mereka ialah Sahdi Mat, Kaunselar Samsudin Saperi, Abang Kamarulzaman Abang Drashid, Abdul Halim Mohamad, Benedict Makai, Mohamad Isham Fauzi, Enddy Mataha, Shah Iszhan Isnin, Salmin Talip, Zaidi Sirat, Muhammad Zharif Azhari, Rokiah Bujang, Kamarolzaman Bujang, Abdul Latip Salleh, Johana Nai, Shamsudin Mohd Ali, Datuk Paduka Abang Ariffin Abang Bohan, Aiman Mat Kassim dan Abdul Aziz Mohd Bohari.
Sementara itu, jawatan Ketua Pemuda menyaksikan Mohamad Akram Mohamed Karim menang setelah mengalahkan Muhammad Yamin dalam pemilihan pergerakan itu yang berlangsung di Hotel Merdeka Palace di sini.
Sementara itu, Kaunselar Salina Mohammad Salleh pula kekal ketua pergerakan wanita dan Rokiah Bujang (timbalan).
Mesyuarat berkenaan turut mengemukakan usul agar jawatan Yang di-Pertua Parti, kedua-dua timbalan dikekalkan dan tidak dipertandingkan.
Usul lain ialah mencadangkan ketua cawangan, Dato Ibrahim Baki dikekal selaku ADUN Satok pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana aman dan lancar itu diselaras Setiausaha Politik Premier Sarawak, John Nyigor dan dibantu Roslan dan Zainal dari Ibu Pejabat Parti PBB.
