SARATOK: Sebanyak 14 kampung menyertai pertandingan pintu gerbang sempena Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, tema pertandingan tahun ini adalah ‘Sarawak Maju Makmur’ dan pemarkahan dinilai berdasarkan reka bentuk, kreativiti, keceriaan dan keselamatan pintu gerbang.
“Hari ini, saya meninjau suasana gotong-royong di 14 kampung yang sibuk menyiapkan pintu gerbang di kampung masing-masing,” katanya.
Mohamad Duri berkata, hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala bakal menanti pemenang dalam pertandingan pintu gerbang itu, selain naib johan RM2,500 serta piala dan tempat ketiga RM1,500 berserta piala.
Selain itu hadiah di tempat keempat iaitu RM1,000, tempat kelima RM800 dan saguhati masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500 menanti kepada pemenang pertandingan itu nanti.
