KUCHING: Komuniti Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berfikir secara kreatif dalam memainkan peranan penting mereka.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini termasuk peranan mengukuhkan masyarakat di bandar raya ini.
“Kita perlu berfikir secara kreatif untuk memastikan kepimpinan dalam KJM dapat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan masyarakat,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata demikian ketika majlis penutupan Bengkel Pemerkasaan KJM anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, hari ini.
Selain itu, Dr Abdul Rahman berkata, bengkel itu juga bertujuan memperkukuh kapasiti masyarakat tempatan bagi mewujudkan kejiranan yang lebih aman, bersih, dan harmoni.
“Melalui perkongsian ilmu dalam bengkel ini, kita harap semua peserta dapat memberikan perkhidmatan ikhlas dan mesra kepada masyarakat,” katanya.
