KOTA SAMARAHAN: Majlis Konvokesyen Program Profesional dan Eksekutif (PPE) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ketiga meraikan seramai 96 graduan di sini, hari ini.
Naib Chanselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rashid berkata, seramai 26 graduan dengan Sarjana Eksekutif, 23 (Sarjana Muda Eksekutif), 17 (Diploma Profesional) dan 30 (Program Profesional) (Tahap Tiga)dan Sijil Profesional.
Katanya, program ini adalah hasil kerjasama antara Rakan Kerjasama Strategik (RKS), Fakulti dan Pusat
Tanggungjawab (PTj) bersama UNIMAS Business School (UBS).
“Tujuan program ini untuk memenuhi keperluan industri semasa dan membantu golongan profesional dalam
meningkatkan kemahiran serta pengetahuan,” katanya.
Ahmad Hata juga mengumumkan penyertaan Fakulti Kejuruteraan dan Qadim Hub, Pusat Kelestarian Universiti buat pertama kali sejak penawaran PPE bermula 2020.
“Ini terbukti PPE semakin popular dan mendapat sambutan dan peningkatan bilangan RKS,” katanya.
