Sidang DUN: Bilangan soalan akan diketahui esok – Asfia

KUCHING: Butiran persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang bermula 11 November ini akan diberitahu esok.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, sidang media mengenai perkara itu akan diadakan selepas mesyuarat prapersidangan esok.

“Saya akan mengadakan sidang media dan memberi taklimat,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Program Bengkel Rasuah dan Liabiliti Undang-undang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Mohamad Asfia berkata, taklimat itu mengenai bilangan soalan daripada Ahli Yang Berhormat, rang undang-undang dan sama ada terdapat sebarang usul pada persidangan terbabit.