Lawas nikmati pelbagai kemajuan

LAWAS: Daerah di utara Sarawak akan memiliki kemudahan lapangan terbang lebih besar dan kemudahan pelabuhan laut dalam di Pulau Sari.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, kerajaan bersetuju untuk membina kemudahan terbabit.

“Ia akan menambah baik sistem pengangkutan laut dan udara di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak di Gelanggang Arena, di sini, pagi tadi.

Henry Sum juga mendedahkan kerajaan juga bersetuju membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di kawasan itu.

Sementara itu, KMJG 2024 terbabit melibatkan lapan kenderaan dan seramai 34 orang dan perjalanan sejauh 4,025 kilometer (km) dari Telok Melano hingga ke Lawas serta akan berpatah balik ke Sibu pada 31 Ogos 2024 untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak.

GAMBAR:JAPEN