Majlis Iftar Kasih Ramadan eratkan hubungan pemimpin, warga PDRM

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi meluangkan masa menghadiri Majlis Iftar Kasih Ramadan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan PDRM.

Majlis diadakan di IPD Matu Daro, semalam turut diselit dengan penyampaian penghargaan kepada anggota yang akan berpindah sebagai tanda penghormatan atas khidmat dan sumbangan mereka sepanjang bertugas.

Selain itu, sumbangan duit raya turut disampaikan kepada anak-anak yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan.

Sepanjang majlis, Johnie turut meluangkan masa beramah mesra dari meja ke meja menyantuni tetamu memperlihatkan sikap mesra dan keprihatinan beliau yang sentiasa dekat di hati warga IPD Matu Daro.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim anak Mihos serta Pegawai Daerah Daro, Zul Usup.