SARIKEI: Seramai 74 murid menyertai program Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sesi 2023/2024 bertempat di Dewan Sentral, Sarikei pagi ini.
Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang.
Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu disertai oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sarikei (MIS).
Dalam ucapannya Len berkata, program khatam Al-Quran bukan sekadar membaca malah perlu menghayati isi kandungan kitab suci tersebut.
Di samping itu dengan program sebegini dapat mendidik kerohanian, jati diri peserta dalam memperkasakan amalan hidup sihat berpandukan ajaran Islam melalui Al-Quran.
Selain itu program yang diadakan saban tahun itu diharap dapat mendidik serta melahirkan generasi celik Al-Quran dan menanam budaya cintakan Al-Quran.
Melalui program sebegini juga dapat mencungkil bakat serta kepimpinan setiap peserta dalam menghayati pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Hadir sama mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei, Zainal Abiden Abdul Rased, Guru Besar SK Agama (MIS), Jamaluddin Sahari, tetamu jemputan dan ibu bapa.
