Mangsa kebakaran terima sumbangan Ahli Parlimen Mukah

MUKAH: Pusat Khidmat P213 Mukah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sesok Lama, di sini, semalam.

Menurut pusat khidmat itu, sumbangan terbabit daripada Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Sumbangan diserahkan oleh Pegawai Pusat Khidmat P213 Mukah kepada pemilik rumah,Tambi Bilu yang terkesan dalam kebakaran stor rumahnya 30 Disember lalu.

Sehubungan itu, pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban ahli keluarga untuk membaik pulih rumah.