Mesyuarat EOT Ke-27 Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri mesyuarat Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) Ke-27 Malaysia-Brunei di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Seri Mohamad Hasan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Mohd Yusof.

Mesyuarat itu membuka agenda kepada siri Mesyuarat Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) Ke-27 Malaysia-Brunei di peringkat Menteri Luar Negeri yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada malam ini di Hotel Empire Brunei.

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Mohd Yusof akan mengetuai delegasi negara Brunei pada mesyuarat yang dijadual bermula pada jam 8.30 malam ini.