KUCHING: Parlimen dan Khidmat Kesihatan Ombudsman (PHSO) United Kingdom bersetuju dan bersedia untuk membantu Ombudsman Sarawak melatih dalam mengendalikan aduan untuk meningkatkan keupayaan operasi dan ketelusan penyiasatan.
Pengurus Dasar dan Hal Ehwal Awam PHSO, Callum Boyd menyatakan persediaan dan persetujuan itu
kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Ombudsman dan Integriti), Dato Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya semasa mengetuai delegasi dari Sarawak.
Rombongan tersebut mengadakan lawatan ke pejabat PHSO London 29 Oktober lalu.
Delegasi dari Sarawak termasuk Ketua Ombudsman, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff, Timbalan Ketua Ombudsman, Alexander Unya, Ombudsman Albert Tang dan Toleyah Tion dan pegawai penyiasat.
Boyd bersama dua rakan memberi taklimat mendalam berkaitan operasi PHSO, proses siasatan dan aspek penting tugasannya.
PHSO adalah sebuah badan bebas yang melapor secara terus kepada Parlimen, menyiasat aduan berkaitan dengan Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS) serta jabatan kerajaan yang lain.
Ditubuhkan pada 1973, PHSO memiliki 50 tahun pengalaman dalam menegakkan akauntabiliti dan keadilan dalam perkhidmatan awam.
