Sarawak, Korea jalin kerjasama industri semikonduktor, AI

KUCHING: Kerjasama strategik SMD Semiconductor bersama syarikat gergasi teknologi kecerdasan buatan (AI) Rebellions Inc. Korea Selatan menyerlahkan lagi keupayaan Sarawak sebagai rakan teknologi di peringkat global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama itu mencerminkan keyakinan syarikat antarabangsa terhadap keupayaan Sarawak sebagai rakan teknologi yang dipercayai dalam ekosistem semikonduktor dan […]

Program Jelajah Belia Sarawak dekati ramai belia akar umbi

BINTULU: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah menganjurkan program Jelajah Belia Sarawak di 33 daerah dengan penyertaan lebih 25,000 belia sehingga kini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mendekati belia di akar umbi termasuk luar bandar dan pedalaman. “Ini […]

Transformasi Sebuyau angkat ekonomi pesisir Sarawak

SEBUYAU: Dari kawasan pesisir terpencil, daerah Sebuyau kini berubah wajah hasil pembangunan pesat yang meliputi pelbagai infrastruktur moden dan kemudahan awam. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, transformasi Sebuyau membuktikan keberkesanan dasar pembangunan luar bandar yang dilaksanakan kerajaan negeri selama ini. “Suatu ketika dahulu, Sebuyau hanya boleh diakses melalui perahu, namun […]

Belia perlu persiapkan diri teknologi AI, bantu gerakkan ekonomi

BINTULU: Belia di negeri ini perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu berteraskan teknologi terkini dan kecerdasan buatan (AI) bagi meneruskan aspirasi menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, belia hari ini perlu berpengetahuan tinggi dalam teknologi terkini agar dapat menggerakkan ekonomi, bukan sahaja negara ini […]

Inisiatif strategik dilaksana, pastikan jalan raya kekal baik

SIBU: Kementerian Kerja Raya (KKR) melaksanakan Projek Redline sebagai inisiatif strategik untuk memastikan infrastruktur jalan raya di Sarawak kekal berada pada tahap terbaik. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini terutama dari segi keselamatan, keselesaan dan kelancaran trafik, di samping mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. Secara keseluruhan, pelaksanaan Projek Redline terbahagi kepada dua kategori […]

Jadi pendamping, dengar masalah anak-anak

LIMBANG: Ibu bapa perlu memberi kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa tersisih dan membawa haluan sendiri. Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ini kerana ada anak-anak yang kurang kasih sayang itu dan memendam perasaan dengan melayari media sosial tanpa kawalan. “Kita perlu memberikan kasih sayang, peduli dan […]

Pesta Tanglung Mukah lambang perpaduan kaum

MUKAH: Pesta Tanglung Peringkat Bahagian Mukah 2025 menjadi lambang perpaduan apabila ribuan penduduk pelbagai kaum membanjiri Dataran Pehin Setia Raja Mukah bagi meraikan sambutan itu, semalam. Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, ia bukan sekadar perayaan masyarakat Cina, tetapi lambang keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum. Katanya, […]

SABERKAS platform lahirkan beliaberdaya tahan, berintegriti

LIMBANG: Lebih ramai belia kawasan Bukit Kota diharap bergiat aktif dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, ini kerana peranan SABERKAS bukan sahaja dalam penganjuran aktiviti sosial dan kemasyarakatan, tetapi juga sebagai platform untuk melahirkan pemimpin belia yang berdaya tahan, berwawasan […]

Hutan Simpan Sabal bakal dibangun hab ekopelancongan bertaraf dunia

SIMUNJAN: Hutan Simpan Sabal akan dibangun sebagai hab ekopelancongan dan pusat terapi semula jadi bertaraf dunia, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek tersebut akan bermula tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Menurutnya, pusat berkenaan akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti pusat penyelidikan, makmal, ruang konservasi, penginapan serta fasiliti […]

Contohi semangat juang para veteran PBB – Fatimah

DALAT: Ahli-ahli muda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diseru untuk mencontohi semangat juang para veteran yang telah membuktikan bahawa perjuangan dalam PBB bukan sekadar mengenai politik, tetapi melibatkan khidmat, tanggungjawab dan kasih terhadap masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata para veteran juga terus diberi […]