Peranan, fungsi Ombudsman Sarawak diperluas
KUCHING: Ombudsman Sarawak mengadakan sesi perjumpaan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Riverside Majestic Hotel di sini, baru-baru ini. Menurut kenyataan media SFC, sesi itu yang turut dihadiri pengurusan tertinggi SFC dan pegawai pengurusan Ombudsman merupakan langkah proaktif Ketua Ombudsman Sarawak, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff. Ini dalam memperkenal dan menyebarluas peranan dan fungsi Ombudsman […]
BDA serah sumbangan CSR
BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) kepada lima penerima di sini, semalam. Sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000 kepada setiap penerima iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Persatuan Warga Emas, Persatuan Ibu Tunggal, Pertubuhan Anak- Anak Yatim (PERYATIM) Bahagian Bintulu, Surau Darus Syakirin Kampung Assyakirin Fasa 1. Penyerahan sumbangan disempurnakan Timbalan Pengerusi BDA, […]
50 pelajar Petra Jaya sertai Kem Ihya Ramadan
KUCHING: Seramai 50 pelajar daripada tiga sekolah di sekitar Petra Jaya akan menyertai Kem Ihya Ramadan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) di Telaga Air dekat sini selama dua hari bermula hari ini. Program ini dikelolakan Pertubuhan kebajikan Sahabat Amal Care Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P.194 Petra Jaya, Jabatan Agama Islam […]
Sungkey Sama Cats raikan 70 anak yatim
KUCHING: Seramai 70 anak yatim daripada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) diraikan dalam Program Sungkey Sama Cats, di Dewan Cats, Jalan Bako, di sini, malam tadi. Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti sambil menyambut keberkatan bulan Ramadan. Pengurus program, Mohamad Fadzli Daud berkata, sumbangan duit Raya kepada anak-anak yatim serta tazkirah Ramadan […]
Belanjawan Sarawak 2025 pelihara kebajikan rakyat
LAWAS: Peruntukan Belanjawan Sarawak 2025 sebanyak RM15.8 bilion menunjukkan kesungguhan Kerajaan Sarawak menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini terutamanya golongan B40 dan M40 yang tidak terpinggir dengan peruntukan lebih RM450 juta bagi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada mereka. “SKAS bagi membolehkan kira-kira 850,000 […]
Nilai integriti, teknologi canggih pacu kemajuan Sarawak
KUCHING: Sarawak akan mengukuhkan nilai integriti dalam pentadbirannya dan memanfaatkan teknologi canggih dalam usaha memacu kemajuan wilayah ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, integriti bukan sekadar asas penting dalam menghadapi cabaran digitalisasi, malah merupakan teras utama dalam memastikan kejayaan setiap inisiatif pembangunan. Tanpa integriti, segala usaha pembangunan akan […]
STOLPort Bebuling dijangka mula beroperasi November 2025
BETONG: Lapangan terbang landasan pendek (STOLPort) Bebuling dijangka mula beroperasi menjelang November tahun ini, dedah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Jelas Uggah, projek itu bernilai RM248 juta menyaksikan kerja-kerja pembinaannya mengikut jadual. Menurutnya, fokus ketika ini terarah kepada mekanisme yang perlu dipenuhi sebelum dapat digunakan sepenuhnya nanti. “Kami percaya pada November depan, […]
Impian raikan Aidilfitri rumah baharu tidak kesampaian
SIMANGGANG: Seorang mangsa warga emas telah melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Hilir di sini, tengah hari tadi. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut sekitar jam 12.38 tengah hari. Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata seramai tujuh anggota bomba setibanya di lokasi mendapati […]
RM14.3 juta bantu pesakit buah pinggang
KUCHING: Seramai 812 pesakit baharu dan lanjutan memohon Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) dengan perbelanjaan diluluskan lebih RM14.3 juta sejak dilaksana pada 2020 sehingga Januari 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, manakala peruntukan bagi BKPBP untuk 2025 berjumlah RM4.7 juta. BKPBP menawarkan bantuan secara klinikal dan sokongan […]
Sarawak pelopor tenaga diperbaharui
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dijemput untuk menyertai acara di peringkat global mencerminkan peranan strategik Sarawak dalam menerajui tenaga diperbaharui, perangkap, penyimpanan dan penggunaan karbon (CCUS) dan kewangan lestari. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak akan memain peranan penting dalam […]
