Sambutan luar biasa Sungkei Perdana Dataran Tun Tuanku Bujang
SIBU: Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan program berbuka puasa beramai-ramai Sungkei Perdana di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, petang tadi. Program dianjurkan Jawatankuasa Tetap Festival Islam Bahagian Sibu dengan kerjasama Pusat Khidmat Nangka serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee, manakala […]
Pergerakan Wanita Parti PBB Cawangan Kalaka agih bubur pedas
SARATOK: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka mengagihkan sebanyak 300 pek bubur pedas dan 300 agar-agar kepada penduduk di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata program yang dianjurkan ini bukan sekadar aktiviti memasak, tetapi simbol kerjasama antara komuniti yang berganding bahu menyediakannya. “Semangat gotong-royong seperti ini […]
Premier Sarawak santuni warga PDRM dalam majlis iftar
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dalam majlis iftar di Masjid Al-Muhajidin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini, hari ini. Terdahulu sebaik tiba, beliau meninjau beberapa kawasan di kompleks perumahan polis tersebut yang menerima dana daripada Kerajaan Sarawak bagi tujuan baik […]
Juh Berambeh Sungkei simbol perpaduan masyarakat majmuk Sarawak
KUCHING: Perpaduan masyarakat majmuk di Sarawak terserlah menerusi Program Juh Berambeh Sungkei 2025 di Padang Merdeka hari ini, menyaksikan penglibatan lebih 5,000 warga bandar raya dari pelbagai latar belakang. Program tahunan anjuran Kelab Belia Proaktif dan Borneo Glamping dengan sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan […]
Pejabat Operasi USK Kampung Nyabor bakal dibina
KABONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 bagi membina Pejabat Operasi Urus Setia Saudara Kita (USK) di Kampung Nyabor di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, ini bagi memastikan kebajikan saudara baharu di sini terus dibela. “Justeru, tidak timbul soal saudara kita dipinggirkan atau tertinggal daripada […]
Asnaf Satok terima bantuan Ramadan
KUCHING: Seramai 45 asnaf di kawasan Satok menerima bantuan berupa wang tunai dan bakul makanan di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki mengagihkan bantuan itu dengan seramai 15 asnaf terbabit dari Kampung Bintangor manakala yang lain dari Kampung Muda Hashim A dan B. […]
NADI sedia akses maklumat terkini, latihan digital
SEBUYAU: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai platform menyediakan akses kepada maklumat terkini, latihan teknologi digital serta pelbagai inisiatif pembangunan komuniti. Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, NADI boleh menjadi pusat pembelajaran dan interaksi yang membantu masyarakat mendepani cabaran era digital selain tempat untuk mendapatkan maklumat. Justeru, beliau menggalakkan penduduk, khususnya […]
MIPD pertimbang pendekkan klasifikasi projek sakit kepada 30 hari
SPAOH: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) mempertimbangkan untuk memendekkan klasifikasi projek sakit daripada 100 hari kelewatan sekarang kepada hanya 30 hari. Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, di bawah peraturan sedia ada, Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh mengambil tindakan jika projek yang diluluskan tidak dilaksanakan secara aktif sehingga 100 hari. “Tetapi kami telah […]
Tabung bantu mangsa kebakaran Kampung Hilir Simanggang dilancar
SIMANGGANG: Ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) Kawasan Ladong melancarkan tabung bencana kebakaran di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir Simanggang, di sini, bermula hari ini. Tabung ini bagi membantu keluarga di kampung berkenaan yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran tengah hari semalam. Pemanca Abang Norin Abang Norudin berkata, tabung diletakkan di surau […]
KRT Sungai Lajim Kampung No.5 agih bubur lambuk
KUCHING: Setiap kali Ramadan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Lajim, Kampung No.5 di sini, menganjurkan program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Sarawak 2025 di kampung tersebut, di sini hari ini. Program tersebut dimulakan dengan acara memasak bubur lambuk seawal jam 9 pagi secara bergotong-royong oleh ahli KRT kampung dan penduduk sekitar. Menurut Pengerusi KRT Kampung […]
